2.0 KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS MENGIKUT SKIM (9 SKIM)

 


ZAIDA BINTI DIZULLHAYAH

DPIH201924117

DPIH 5H

Keperluan khusus HAS dan IHCS mengikut 9 skim.

  • Sistem Jaminan Halal (HAS)
  1. Sistem Jaminan Halal merupakan satu set prosedur yang digunakan oleh sesebuah organisasi/ syarikat untuk mencapai objektif dalam mengekalkan jaminan halal secara menyeluruh.
  2. Sistem Jaminan Halal juga adalah mekanisma kawalan dalam syarikat untuk mengawal, memperbaiki, mengelak dan mengenal pasti ketidakukuran yang muncul dalam menghasilkan produk halal.
  • Objektif HAS
  1. Menentukan langkah pencegahan dan tindakan pembetulan untuk meminimumkan
  2. Memerhati dan mengawal kemungkinan ketidakpatuhan yang dapat memberikan kesan kepada status halal produk dan perkhidmatan.

  • Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS)
  1. Prosedur kawalan halal dalaman bagi sesebuah organisasi yang terdiri daripada polisi halal, prosedur kawalan bahan mentah atau prosedur kawalan risiko halal dan prosedur kebolehkesanaan (traceability) sebagai langkah kawalan minima untuk mengekalkan jaminan halal.
  • Objektif IHCS
  1. Memastikan rekod-rekod syarikat tepat dan boleh dipercayai.
  2. Operasi perniagaan boleh dijalankan mengikut prosedur yang teratur, mematuhi arahan pengurusan dilaksanakan.
  3. Dapat meningkatkan kecekapan operasi.


+ Keperluan Khusus HAS dan IHCS Mengikut 9 Skim






1- SKIM PRODUK MAKANAN & MINUMAN

  • Syarikat atau pemohon hendaklah mematuhi keperluan khusus yag dikehendaki:






2- SKIM PRODUK KOSMETIK







3- SKIM PRODUK FARMASEUTIKAL




4- SKIM PREMIS MAKANAN
  • Premis makanan mestilah memliki Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang masih sah daripada BKKM.
  • Setiap pengendali mestilah memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang diiktiraf oleh KKM contohnya, Kolej profesional Baitulmal, Kuala Lumpur.
  • Mereka hendaklah mendapatkan suntikan anti tifoid yang masih sah daripada pengamal perubatan berdaftar.
  • Mereka juga hendaklah mematuhi keperluan MS 1500:2019, Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peratuan-peraturan Makanan 2009.
  • Premis makanan yang mempunyai dapur berpusat mestilah memiliki SPHM terlebih dahulu.
  • Menu yang ditetapkan dalam permohonan MYeHALAL hendaklah sama dengan menu yang akan diberikan kepada pelanggan.
  • Melaksanakan MHMS berdasarkan MHMS 2020




5- SKIM PRODUK BARANG GUNAAN






6- SKIM PERKHIDMATAN LOGISTIK
  1. Terdiri daripada logistik pengangkutan, pergudangan dan peruncitan.
  2. Syarikat yang menjalankan pengangkutan container bulk dan pengangkutan umum kenderaan komersial yang digunakan dalam pengangkutan container bulk, bulk liquid dan pengangkutan umum perlu berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia seterusnya mendapatkan permit pengangkutan barang daripada agensi berkaitan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
  3. Syarikat seperti ejen pengiriman barang/ejen kastam dan ejen perkapalan hendaklah memohon lesen daripada Jabatan Kastam Diraja.
  4. Memiliki permit import hanyalah bagi syarikat yang yang menjalankan penyimpanan produk daging.
  5. Maklumat pengangkutan,pergudangan dan peruncitan yang dipohon hendaklah disenaraikan secara terperinci di dalam borang permohonan MYeHALAL.
  6. Syarikat/pemohon hendaklah mematuhi keperluan MS 2400-1:2019,MS 2400-2:2019, MS 2400-3:2019 serta perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan.
  7. Kategori peruncitan:
  • Syarikat pengedaran.
  • Perdagangan produk.
  • Peruncitan makanan.




+Keperluan Khusus Tambahan bagi permohonan kategori pengangkutan:



+ Keperluan Khusus Tambahan bagi permohonan kategori pergudangan:





+ Keperluan Khusus Tambahan bagi permohonan kategori peruncitan:




7- SKIM RUMAH SEMBELIHAN

  1. Pemohon hendaklah mempunyai rumah sembelihan haiwan halal bagi tujuan komersial di bawah kategori poltri contohnya, ayam, itik, puyuh, angsa, ayam belanda, burung unta dan burung merpati, manakala bagi ruminan seperti kambiri, biri-biri, rusa, lembu, kerbau dan unta.
  2. Rumah sembelihan mestilah memiliki Skim Pensijilan Vaterinar atau surat sokongan daripada JPV.
  3. Pengendali makanan mestilah mempunyai Sijil Latihan Pengendali Makanan.
  4. Mematuhi keperluan MS 1500:2019, Akta Binatang 1953, Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009





8- SKIM PENGILANGAN KONTRAK OEM

  1. Pemohon SPHM hendaklah mengeluarkan/mengendalikan produk halal sahaja berdasarkan skim Pensijilan Halal Malaysia.
  • Skim produk makanan dan minuman.
  • Skim produk kosmetik.
  • Skim produk farmaseutikal.
  • Skim produk barang gunaan.
  • Skim rumah sembelihan
  • Skim produk peranti perubatan.

9- SKIM PRODUK PERANTI PERUBATAN.

  1. Setiap produk peranti perubatan harus memiliki Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan yang sah daripada MDA.
  2. Premis yang menghasilkan produk peranti perubatan harus memiliki Lesen Establismen.
  3. Mematuhi Keperluan MS 2636:2019, Akta Peranti Perubatan 2012, Peraturan-peraturan Peranti Perubatan 2012.






    



























                    












Comments

Popular posts from this blog

3.0 KAWALAN BAHAN MENTAH

1.0 PERBEZAAN HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS) DAN INTERNAL HALAL CONTROL SYSTEM (IHCS)